Sunday, 5 May 2019

Resepi Bingka Ubi

Tiada yang lama maka tiadalah yang baharu. Walau ada yang baharu yang lama dilupa jangan. Begitulah kehidupa kita.

Meskipun bermacam jenis kuih muih atau pencuci mulut generasi baru muncul, kuih muih lama tetap menjadi pilihan saya antaranya Bingka Ubi.

Bingka Ubi antara kuih tradisi yang menjadi kegemaran saya dari kecil. Bukan setakat bingka ubi. Boleh dikatakan semua makanan yang berasaskan ubi kayu menjadi kegemaran saya. Antaranya pengat ubi, getuk ubi, ubi kayu rebus cicah sambal, lepas ubi dan macam-macam lagi.

Hari ini saya nak kongsi resepi Bingka Ubi yang sedap dan lembut.

Ubi kayu biasanya dijual di pasar-pasar basah. Ada ubi kayu putih dan ubi kayu kuning. Selalunya ubi kayu kuning dijual di pasar tani. Akan tetapi ubi kayu kuning agak sukar didapati sekarang ini. Harganya juga sedikit mahal.

Tak jadi masalah.Hanya perlu tambahkan sedikit pewarna kuning bila menggunakan ubi kayu putih.


Bahan-bahan:

1800g ubi kayu siap parut (Dari 2.5kg)
500ml santan
400ml air paip
450g gula castor
50g susu tepung
80g marjerin
1 1/2 sudu kecil garam


Cara membuat:

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak hingga naik wap.

Setelah itu masukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan sedikit marjerin ataupun minyak.

Loyang boleh juga dialas dengan kertas minyak untuk mudahkan proses keluarkan bingka setelah ia masak.


*Gambar dan video akan di muat turun kemudian.




No comments:

Post a Comment