Kuih yang laku keras di mana-mana majlis sama ada di majlis kenduri kendara ataupun mesyuarat.
Kuih bakar menjadi pilihan pengusaha katering atas faktor kuih bakar ini tahan lebih lama jika nak dibandingkan dengan kuih talam.
Ada juga pengusaha kuih melayu yang menghasilkan kuih bakar ini dalam bentuk sejuk-beku.
Zaman sekarang kuih bakar ini juga terdapat dalam pelbagai perisa. Antaranya kuih bakar durian dan kuih bakar cempedak dan rasanya memang tersangat sedap.
Kuih bakar ini juga sangat sesuai dijadikan buah tangan atau pun hantaran di majlis pertunangan.
Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan:
80g daun pandan
400ml air
B
420g tepung gandum
1 sudu kecil garam
C
6 biji telur
D
500ml santan pekat
E
400ml air
400g gula halus atau kastor
1/2 penutup pewarna hijau epal
Cara membuatnya
Kisarkan semua bahan A dan tapis. Ambil jusnya.
Kemudian kisarkan semua bahan-bahan A, B, C dan D. Campurkan kesemuanya. Dalam waktu yang sama masak bahan-bahan E. Setelah gula hancur, curahkan kedalam bahan yang telah dikisar tadi.
Masukkan 1/2 penutup pewarna hijau.
Biarkan adunan selama 30 minit.
Sementara itu panaskan oven. Sediakan acuan bunga khusus untuk kuih bakar. Boleh juga gunakan loyang empat segi 10"x 10" x 3".
Panaskan acuan ataupun loyang. Letak sedikit minyak sapi. Untuk acuan bunga letak minyak sapi 1 sudu besar. Biarkan minyak sapi panas sedikit di dalam oven baru dicurahkan adunan tersebut. Taburkan bijan.
Boleh juga campurkan bijan biasa dan bijan hitam untuk menambahkan seri kuih bakar itu nanti.
Bakar selama dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 180'c mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Bakar selama 40-50 minit.
No comments:
Post a Comment